Thursday 10 May 2012

Sains

Sains merupakan sebuah proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Perkataan sains datang daripada bahasa Latin, scinetia, yang bermakna mendapatkan ilmu atau maklumat. Dan seperti proses mendapatkan maklumat yang lain, sains bermula dengan pengalaman, dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan daripadaya.

Cara sains mengkaji sesuatu perkara adalah dengan melihatnya dengan teliti, mengukurnya, membuat uji kaji, dan dengan cuba menerangkan mengapa sesuatu perkara terjadi. Mereka yang melakukan perkara ini dipanggil ahli sains

Cabang sains sangat meluas melingkupi keseluruhan alam semesta dan makhluk-makhluk yang berada di dalamnya.

Mari kita kecilkan lagi skop perbincangan kepada pengkelasan haiwan.

Alam haiwan merupakan salah satu cabang yang terdapat didalam dunia sains. Haiwan terbahagi kepada dua kategori iaitu:-

- Vertebrata
- Invertebrata

Vertebrata merupakan haiwan yang mempunyai tulang belakang manakala invertebrata pula merupakan haiwan yang tidak mempunyai tulang belakang.

Sebelum kita meneruskan lagi pembelajaran pada kali ini, mari kita mendalamai terlebih dahulu objektif pembelajaran.Diantara objektif yang ingin dicapai adalah,

1. Mengelaskan haiwan kepada dua kategori
2. Mengelaskan haiwan vertebrata dan invertebrata
3. Menyenaraikan haiwan bagi setiap pengkelasan